Sunday 16 December 2012

Kegunaan OTG Cable Pada Nexus 7


Anda semua pasti sudah tahu tentang produk keluaran Google dan Asus, iaitu Nexus 7 ,tablet yang paling laris dalam tahun 2012 . Bagi yang tidak tahu anda boleh rujuk sini Nexus 7. Tablet ini menampilkan spesifikasi yang agak memuaskan mengalahkan iPad Mini dari segi dalam dan luarnya. Tetapi ramai yang complain sebab maksimum storage pada Nexus 7 hanyalah 32GB.

Bagi gamer sekalian dan penggemar movie,anda pasti mahukan tablet anda berupaya menyimpan movies dan games. 32GB ? Pastinya tidak mencukupi. Malah dengan ketiadaan slot tambahan memori kad pada Nexus 7 pastinya ramai yang pikir dua kali sebelum membeli tablet ini

Tapi masalah ini GajetKiasu boleh bantu selesaikan melalui video bawah ini. Sebelum tu yang tidak tahu apa itu OTG cable boleh baca di entri ini

Keperluan

1. Tablet yang support OTG(cth Nexus 7)
2. OTG cable
3. USB drive
4. Nexus Media Importer (Boleh download di Play Store)-$1.99


Melalui fungsi OTG ini,pastinya menonton video menjadi lebih mudah sebab korang tak perlu susah-susah Sync dan Convert video file korang untuk dimasukkan ke dalam tablet. Cuma perlu tekan Stream saja,semuanya setel. Korang boleh view dokumen,photo dan mainkan music dari thumbdrive korang dan external hardisk korang ! Cuba bayangkan kalau external hardisk korang 1TB,berapa banyak movie korang boleh masukkan? dan berapa banyak duit korang boleh jimat semata mata nak tambah storage menjadi 32GB atau 64GB?

Selain itu dengan fungsi OTG, korang boleh main game di tablet menggunakan controller/joystick. Apa yang kami sudah cuba ke atas Nexus 7 dan berfungsi dengan baik contohnya Xbox controller,Ps3 controller,Keyboard,Mouse,Printer. Semuanya berfungsi dengan baik dengan syarat sebelum main game korang mestilah dulu key mapping.

Ramai yang tidak tahu pasal ini dan tidak manfaatkan nya. Walaupun aku peminat produk Apple dan aku akui iPad mini cantik luarannya tapi luaran tetap luaran. Dari segi dalamannya sangatlah mengecewakan. Dan sudah pastinya iPad tidak mampu berbuat seperti di atas ini kerana iPad tidak support OTG. Maaf.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...