Wednesday 26 December 2012

Bagaimana Nak Atasi Home Button Kurang Sensitif

            Bagi user iDevice tak kira iPhone 3GS,iPhone 4/4s mahupun iPhone 5 atau iPad atau iPod pernah tak korang dapati "Home Button" iDevice korang semakin lama semakin kurang sensitif ? Samada korang kena tekan banyak kali supaya fungsi "Home Button" berjalan seperti biasa atau pun korang kena tekan kuat-kuat. Perkara ini adalah perkara biasa kerana barang apa je yang tak ditelan masa ? Semua barang akan expired dan kurang keberkesanannya.




Akan tetapi, kat sini aku nak share sikit dengan korang macam mana nak kasi elok balik fungsi "Home Button" tu. Setelah aku research sikit-sikit dan buat experiment+experience macam-macam dekat iPhone lama aku, akhirnya aku menjumpai beberapa cara nak merawat balik fungsi "Home Button"


 Ada 4 cara di sini

1. Korang tweak sikit iDevice korang tu. Kasi reset balik fungsi "Home Button" korang. Caranya ialah korang hold OFF button lama-lama sampai muncul banner "Slide to Off" . Lepas tu korang tekan dan hold "Home Button"sambil lepaskan OFF button selama 10 saat sampai muncul Home Screen balik.



2. Cara yang kedua nak tweak iDevice korang ialah korang perlukan kabel charger 30 pin connector iDevice ataupun Lightning USB port yang baru tu bagi iPhone 5. Aku penah guna cara ni dekat iPhone aku dan terbukti ianya berkesan.

30 pin connector untuk iDevice yang lama                          Lightning port USB untuk iPhone 5




Cucuk kabel charger ke dalam port chargin di iDevice. Kemudian korang tekan bahagian atas kepala dock connector yang dicucuk ke iDevice tadi dan hold,sambil tu korang tekan tekan Home Button selama 10 saat sampai korang rasa dah okay. Lepaskan balik dock connector tersebut dan lihat hasilnya







3. Yang ni aku tak pernah cuba. Tapi apa yang aku search di internet kebanyakannya kata cara ini menjadi. Korang perlukan alkohol 99.99% . Tititskan sedikit alkohol ke atas kain atau tisu. Kemudian perlahan-lahan dan sapukan kain yang dititis alkohol tadi ke atas "Home Button" sambil memicit-micit "Home Button" selama 30 saat. Gosok lagi di kawasan "Home Button" jika perlu sehinggalah korang dapati butang tersebut berfungsi seperti asal.




4. Yang terakhir ialah korang boleh gunakan fungsi "Assistive Touch" sebagai pengganti "Home Button". Melalui cara ni korang boleh kurangkan penggunaan butang fizikal "Home Button" ataupun sebagai pengganti jika butang fizikal Home Button tidak berfungsi lagi atau kurang sensitif. Caranya ialah pergi ke "Setting > General > Accessibility > Assistive Touch > ON"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...