Thursday 13 December 2012

Guna exFAT & Tak Perlu Format Hardisk Lagi


Guna external hard disk antara Windows dengan Mac kadang-kadang agak melecehkan sebab kena format setiap kali nak guna OS yang berlainan. Setiap kali tukar ke OS lain,kena format hardisk supaya hardisk boleh berfungsi dengan sebaiknya. Penyelesaian kepada masalah ini ialah dari format hardisk tu,aku cadangkan korang guna independent-platform exFAT dan korang tak perlu format disk lagi.

Sistem default bagi Windows iaitu NTFS hanya readable untuk OS X, dan tidak writable. Jadi korang hanya boleh baca hardisk itu tanpa mengubahsuai apa-apa kandungan dalam hardisk tu dan komputer Windows pula langsung tidah boleh baca format Mac iaitu HFS+. FAT32 berfungsi baik antara Windows dan OS X, tapi mempunyai limit 4GB per file, agak kurang efisien.

Penyelesaiannya ialah

exFAT

File system yang mampu read & write di kedua dua OS, Windows dan juga OS X. Apa yang korang kena lakukan ialah format drive korang menggunakan Windows komputer . Sila maklum yang korang tidak boleh format drive menggunakan komputer dari OS X,wajib dari komputer Windows supaya ianya boleh berfungsi di kedua dua OS. Di bawah adalah screenshot caranya.


Bagaimana format menggunakan exFAT

1. Cucuk hardisk/Pendrive korang ke komputer Windows Vista atau Windows 7 
2. Bukak tetingkap Windows Computer

3. Klik kanan pada disk,dan pilih format

4. Pilih exFAT di ruangan pilihan File System, dan tekan start

5. Siap. Sekarang disk korang boleh digunakan di Windows dan juga Mac

Walaupun FAT boleh digunakan untuk Mac dan Windows ,tetapi maksimum limit saiz file adalah 4GB. Anda tak boleh guna disk ini untuk video HD yang panjang dan file image yang besar. exFAT adalah file system yang terbaik dan berfungsi dengan lancar di Mac dan Windows !

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...