Wednesday 12 December 2012

Perbezaan Pakej Windows 8


Windows 8 ? Windows 8 RT ? Windows 8 PRO ?


Korang da cuba Windows 8 yang baru yang lebih seksi dan mengancam? Dengan Metro UI yang menarik perhatian ramai pengguna Windows di luar sana ditambah pula dengan Upgrade Offer yang ditawarkan oleh Microsoft dengan harga yang sangat sangat berpatutan,Windows 8 telah menduduki ranking pertama setakat ini bagi OS yang paling banyak dimuaturun pada tahun 2012.


Antara interface baru Windows 8, Metro UI




Kat sini aku sediakan link untuk Upgrade Offer yang ditawarkan oleh Microsoft dimana korang boleh mendapatkan Windows 8 dengan hanya RM50 !

Klik disini

Yang lain tu yang mana rasa nak beli original pack Windows 8 versi download dan versi CD korang boleh check laman web rasmi microsoft di bawah ni. Dengan harga RM120 untuk versi muaturun dan RM210 untuk versi CD, aku rasa harga ini dah cukup berpatutan berbanding dengan kos upgrade untuk Windows 7 yang ditawarkan dulu sampai RM700 !

Klik disini

Tapi sebelum beli Windows 8 korang tahu tak perbezaan pakej Windows 8 yang ditawarkan? Jangan main hentam beli je ye, kena tahu apa yang dibeli. Ada 3 jenis pakej Windows 8. Ya,sikit je ada 3 je berbanding Windows 7 dahulu ada lebih kurang 6


Windows RT
  1. Direka khas untuk tablet dan PC khususnya tablet. Microsoft Surface juga pakai Windows 8 RT
  2. Nipis,ringan dan dipanjangkan jangka hayat baterinya. Start up dengan sekelip mata sahaja
  3. Office Home & Student 2013 RT Preview didatangkan sekali
  4. Sudah pre-installed di dalam tablet dan PC yang terpilih
  5. Hanya run apps yang sudan terbina di dalamnya atau apps yang dimuaturun dari Windows Store
  6. Kalau korang nak install apps seperti Adobe Photoshop,dicadangkan pilih Windows 8 atau Windows 8 PRO.
Windows 8
  1. Pre-installed dalam pelbagai jenis Pc,tablet,ultrabook,laptop
  2. Windows 8 boleh run apps yang sedia ada sekarang dan juga apps yang dimuaturun dari Windows Store
Windows 8 PRO
  1. Segala kemudahan dan kelebihan boleh didapati di dalam versi ini spt networking,encrypting dan sebagainya
  2. Boleh memainkan apps yang sedia ada dan dari Windows Store
  3. Full and complete version
Perbandingan Pakej Windows 8


Semasa Pelancaran Windows 8 di Malaysia

gambar : Malaysian Digest
gambar : Malaysian Digest

Tak rugi kalau cuba !

Selamat Mencuba 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...