Friday 28 December 2012

iPhone 5 VS Samsung Galaxy S3 !

iPhone 5 atau Samsung Galaxy S3?

Pilihan yang sangat susah. Kedua duanya adalah telefon bimbit terbaik 2012 . Kedua duanya mempunyai spesifikasi terbaik. Kedua duanya ada kelebihan masing-masing. Jadi yang mana pilihan anda jika anda sedang bercadang mahu membeli telefon baru?



Aku takkan bercerita mengenai spesifikasi di sini, sebab itu korang boleh Google sendiri, apa yang aku akan bincangkan adalah dari segi Performance,Camera,Design,User-Experience dan Harga

1. DESIGN
2. CAMERA
3. USER-EXPERIENCE
4. PERFORMANCE
5. PRICE


ENTRI INI HANYALAH REVIEW DAN PANDANGAN DARI PENULIS SENDIRI. TIDAK ADA ISTILAH "BIAS". AKU BUKAN APPLEFAN DAN AKU JUGA BUKAN DROIDFANAKU PENCINTA GAJET


    1. DESIGN


iPhone 5 mempunyai design yang petak dan memangjang manakala S3 mempunyai design agak bujur dan terdapat lengkungan di bawah membuatkan S3 tampak lebih nipis dari iPhone 5. Tetapi S3 mempunyai saiz yang lebih besar dari iPhone 5, sangat jauh bezanya dari segi ketinggian dan kelebaran dua telefon tersebut



Melalui gambar di atas, kita dapat lihat ketebalan iPhone 5 dengan S3 adalah lebih kurang sama.
Tidak jauh beza. Akan tetapi jika dilihat dari segi ringan atau tidak, ternyata iPhone 5 adalah telefon yang sangat ringan. Lebih ringan dari S3 dan juga iPhone 4S. Kali pertama anda pegang iPhone 5 anda akan rasa sendiri kelainan beratnya.



           

Pendapat Gajetkiasu
Kedua duanya seri dari segi design kerana dua-dua adalah sama nipis walaupun S3 lebih besar dan berat. Tetapi bagi aku, telefon zaman sekarang sepatutnya semakin kecil dan nipis bukannya semakin membesar dan memberat. Ini diibaratkan balik ke zaman 20 tahun lepas. Telefon sebesar lengan.
Bagi aku, "mobile phone" bermaksud handphone yang boleh dibawa mana-mana,dan pastinya aku tak suka jika poket seluar aku tertimbul bentuk handphone.



2. CAMERA

Anda sudah menilai design antara iPhone 5 dengan Samsung Galaxy S3, mari kita lihat siapakah yang layak bergelar Pemenang Kamera Handphone yang terbaik. Kedua-duanya adalah 8-Megapixels. Apa yang membuatkan iPhone 5 berbeza dengan iPhone 4S walaupun kedua-duanya adalah 8 Megapixels adalah kerana lensa iPhone 5 diperbuat daripada kristal. Nampak seperti kaca tapi sebenarnya ia adalah kristal

Perbezaan Camera iPhone 5 dengan Samsung Galaxy S3


   TANGKAP GAMBAR BIASA (NO FLASH)





 TANGKAP GAMBAR ( IN LOW LIGHT CONDITION )



          TANGKAP GAMBAR ( WITH FLASH)



    HDR MODE



PANORAMA MODE


Kedua-duanya mempunyai hasil gambar yang cantik. Terang. Tetapi. Kita dapat lihat perbezaanya di sini, hasil gambar dari iPhone 5 tampak lebih meriah dan berwarna berbanding S3. Lebih vibrant Warnanya nampak menyerlah dan timbul. Contoh kalau di S3, warnanya merah biasa tapi di iPhone 5 warnanya merah pekat. Kamera iPhone 5 juga adalah lebih baik ketika dalam bilik yang kurang cahaya (low light)

Nampak disitu, iPhone5 masih dapat mengambil gambar walaupun tiada flash bebanding S3 yang gelap terus. Tetapi sebaliknya jika fungsi Flash diaktifkan, kualiti gambar S3 adalah lebih terang berbanding iPhone 5. Mungkin flashnya adalah lebih terang.


Pendapat Gajetkiasu
Suka kualiti gambar iPhone 5. Seperti setelah ditambahkan "saturation" nya


EXTRA

Di bawah adalah sedikit review mengenai kelajuan "Shutter Rate" atau " Shutter Speed" antara iPhone 5 dengan Samsung Galaxy S3, jadi yang mana anda rasa menang? iPhone 5 juga berkebolehan mengambil gambar walaupun sedang merakam video tanpa mengganggu sedikit pun kualiti video.





Apa komen anda ?



3. USER-EXPERIENCE

Dalam kategori ini aku nak bandingkan dengan cara pegang iPhone 5 dengan S3. Antara keduanya yang mana lebih fleksibel dan efisien. Cara pegang dan cara menggunakannya hanya dengan satu tangan. Yang mana lebih user-friendly. Mari lihat gambar di bawah.



Pendapat Gajetkiasu
Bagiku, handphone sepatutnya dicipta untuk digunakan dengan satu tangan. Ya,anda boleh pegang phone tersebut dengan satu tangan sambil menggunakannya. Lagi mudah lagi bagus. Contoh, anda sedang memegang beg di sebelah tangan kiri anda, dan anda memegang handphone di tangan kanan. Anda mahu menaip mesej kepada kawan anda hanya dengan satu tangan sahaja. Hanya menggunakan satu ibu jari sahaja tanpa melepaskan beg di tangan kiri. Sepatutnya la kan?

Bagi orang yang mempunyai tangan kecil, untuk menggunakan S3 hanya dengan satu tangan adalah amat susah sekali. Boleh lihat gambar di atas,kedua-dua phone dipegang dengan cara yang sama tapi lihat ibu jari aku tak tercapai sampai ke hujung skrin bagi S3. Semakin aku cuba capai, semakin aku rasa nak jatuh S3.

Komen anda?



4. PERFORMANCE


Dari segi performance pastinya kita nak lihat iOS 6 ataupun Android ICS(ice cream sandwich) yang lebih berkuasa. Ternyata kedua-duanya tiada masalah. Tiada lagging. Dan semuanya smooth. Jadi dari segi performance kedua phone tersebut adalah seri


5. PRICE


Harga mengikut harga semasa. Bagi Samsung bergantung kepada seller. 
Bagi iPhone 5 harga adalah tetap

Samsung Galaxy S III – RRP: RM1910 / AP: RM1749-RM1890
iPhone 5 - RRP : RM2199 (16GB), RM2499 (32GB), RM2799 (64GB)

Jadi sebagai pengguna yang bijak yang mana satu pilihan anda? 

iPhone 5 atau Samsung Galaxy S3 ?

Pilihan di tangan anda.

...................................................................................................................................................................

OFF TOPIC

Meh layan video ini kejap. Aktiviti ketika aku bosan haha




...................................................................................................................................................................


Bagi yang sudah memiliki iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3, sedang mencari casing yang tercantik dan termurah,anda boleh dapatkannya di sini.(Promote haha)
Klik link tersebut

Samsung Galaxy S3                                                                        Apple iPhone 5






















Kalau anda ada pendapat,pertanyaan,dan sebarang pembetulan mana-mana tulisan di atas,boleh tinggalkan komen di bawah. Dan selepas baca, kalau anda rasa entri ini berguna, tinggalkan sedikit kredit untuk si penulis, penat menaip dan mengambil gambar tau ! hehe




Wednesday 26 December 2012

Bagaimana Nak Atasi Home Button Kurang Sensitif

            Bagi user iDevice tak kira iPhone 3GS,iPhone 4/4s mahupun iPhone 5 atau iPad atau iPod pernah tak korang dapati "Home Button" iDevice korang semakin lama semakin kurang sensitif ? Samada korang kena tekan banyak kali supaya fungsi "Home Button" berjalan seperti biasa atau pun korang kena tekan kuat-kuat. Perkara ini adalah perkara biasa kerana barang apa je yang tak ditelan masa ? Semua barang akan expired dan kurang keberkesanannya.




Akan tetapi, kat sini aku nak share sikit dengan korang macam mana nak kasi elok balik fungsi "Home Button" tu. Setelah aku research sikit-sikit dan buat experiment+experience macam-macam dekat iPhone lama aku, akhirnya aku menjumpai beberapa cara nak merawat balik fungsi "Home Button"


 Ada 4 cara di sini

1. Korang tweak sikit iDevice korang tu. Kasi reset balik fungsi "Home Button" korang. Caranya ialah korang hold OFF button lama-lama sampai muncul banner "Slide to Off" . Lepas tu korang tekan dan hold "Home Button"sambil lepaskan OFF button selama 10 saat sampai muncul Home Screen balik.



2. Cara yang kedua nak tweak iDevice korang ialah korang perlukan kabel charger 30 pin connector iDevice ataupun Lightning USB port yang baru tu bagi iPhone 5. Aku penah guna cara ni dekat iPhone aku dan terbukti ianya berkesan.

30 pin connector untuk iDevice yang lama                          Lightning port USB untuk iPhone 5




Cucuk kabel charger ke dalam port chargin di iDevice. Kemudian korang tekan bahagian atas kepala dock connector yang dicucuk ke iDevice tadi dan hold,sambil tu korang tekan tekan Home Button selama 10 saat sampai korang rasa dah okay. Lepaskan balik dock connector tersebut dan lihat hasilnya







3. Yang ni aku tak pernah cuba. Tapi apa yang aku search di internet kebanyakannya kata cara ini menjadi. Korang perlukan alkohol 99.99% . Tititskan sedikit alkohol ke atas kain atau tisu. Kemudian perlahan-lahan dan sapukan kain yang dititis alkohol tadi ke atas "Home Button" sambil memicit-micit "Home Button" selama 30 saat. Gosok lagi di kawasan "Home Button" jika perlu sehinggalah korang dapati butang tersebut berfungsi seperti asal.




4. Yang terakhir ialah korang boleh gunakan fungsi "Assistive Touch" sebagai pengganti "Home Button". Melalui cara ni korang boleh kurangkan penggunaan butang fizikal "Home Button" ataupun sebagai pengganti jika butang fizikal Home Button tidak berfungsi lagi atau kurang sensitif. Caranya ialah pergi ke "Setting > General > Accessibility > Assistive Touch > ON"




Sunday 23 December 2012

iMac 2012 27' inch [Unboxing]

iMac dengan Kotak Pelik-nya

Pada 2 hari yang lepas iPhone 5 telah sampai di pintu rumahku. Dan keesokannya baru la iMac sampai.  
Aku pelik juga kenapa tidak dihantar sekali terus, Nasib baik Apple dah bagitau awal-awal barang mungkin sampai berasingan. So tak ada la risau dah. Untuk pengetahuan korang,iMac juga dibeli secara online di Apple Store Malaysia. Memandangkan di Malaysia tiada Apple Store,jadi barang adalah dari Apple Store Singapura.

Aku malas taip panjang-panjang. Jom lihat gambar-gambar dulu

iMac 2012  27' inci


Apple ni pandai betul buat kotak lawa-lawa. Ni namanya marketing. Tengok kotak pun orang da rasa suka. Belom isi dalamnya lagi.


Ini kotak paling pelik aku pernah jumpa. Well Apple terkenal dengan benda-benda yang menakjubkan dan pelik dan lain dari yang lain. So inilah hasil kerjanya Haha





Dengan pembelian iMac, korang dapat Magic Mouse , Apple Keyboard


Warranty and Manual Guide


Terbukak sendiri kotak ni





Tengok saja lah nipis tak nipis iMac ni. Berdarah tangan kalau sandar atas monitor ni. Oppsss,CPU
Disebabkan nipis macam ni, of course la tiada Optical Drive.


Port semua di belakang.

Itu saja lah kali ni. Mood=busy.

salam



Saturday 22 December 2012

iPhone 5 [Unboxing]

Korang suka iPhone 5, sudah merancang untuk membelinya? Tapi tidak tahu bagaimana rupa di sebalik kotak iPhone 5 ini dan apa yang terkandung dalamnya? Takpe ,di sini aku akan memberi idea sikit dekat korang apa yang ada dalam kotak iPhone 5 dan spesifikasinya.


  • Didatangkan dengan dua warna (Black & Slate) dan (White & Silver)
  • Pilihan storage 16GB-RM2199  32GB-RM2499 dan  64GB-2799
  • Berat : 112 grams
  • Lebar : 58.6 mm
  • Ketebalan : 7.6 mm
  • Tinggi : 123.8 mm

  • Bluetooth 4.0 wireless
  • Wifi (802.11n 2.4GHz and 5GHz)
  • LTE (Tetapi telco di Malaysia tidak menyokong)
  • GPS dan GLONASS




  • Retina Display
  • Saiz skrin 4 inci
  • Resolusi 1136-by-640-pixel at 326 ppi
  • 8 Megapixel iSight kamera ( Panorama,Video Recording HD,Facetime,LED flash)




Okay cukup sampai situ mengenai spesifikasi iPhone 5.

Aku telah membuat keputusan untuk membeli iPhone 5 secara online kerana aku telah fed up. Ya aku telah fed up dengan servis telco di Malaysia ini terutamanya Maxis. Bayangkan sebelum pelancaran iPhone 5 pada 14 December lepas,aku telah order dengan Maxis melalui laman web rasminya. So tak jadi masalah sampai lah waktu pelancaran iPhone 5, Maxis cakap stok tak cukup. Macam mana boleh berlaku?? Sedangkan aku order sebelum pelancaran lagi. Dah bayar deposit RM200 dah. Ini mesti kes selup duit bawah meja ni atau nama lainnya pakai kabel nak beli takyah order-order

Jadi aku yang tengah panas ni rujuk pada Celcom dan Digi pulak. Tapi diaorang cakap wajib ambik plan kalau nak beli iPhone. Aku memang tak minat dengan plan diaorang so aku just nak beli phone je. Maklum lah aku tak nak terikat dengan shitty.plan.offered. oleh telco's

Jadi kat situ aku buat keputusan beli je kat Apple Store secara online. Lagi puas hati dan dijamin. Walaupun selepas tu aku dengar Digi dah boleh beli phone sahaja. Tapi malas lah. Muak dengan layanan servis telco ni.

Meh layan unboxing photos.

MAAF KUALITI GAMBAR KURANG DAN
 BACKGROUND KURANG MENARIK


 So inilah kotak yang telah sampai dari Singapura. Ambil masa seminggu jugak nak sampai.
Packaging cantik. Puas hati



Bila pegang rasa macam excited gila. Aku dapat rasa perasaan orang yang pergi sanggup beratur redah hujan tolak tolak semasa pelancaran iPhone 5 di US tu. Macam ni rasanya kahkah


Balutan kotak sangat cantik and kemas


Tadaaaa.. iPhone 5 White. Shining


First rasa pegang feel iPhone 5. Memang terasa ringannya.
dan dan...dan terasa panjang tangan . haha



Yang port charging kat bawah sudah dikecikkan. Pastu ada dua speaker kat bawah.


Aku paling suka belakang iPhone 5.  S.E.X.Y
Belakang dia diperbuat dari aluminium sama macam Macbook. Sebab tu ringan




Dapat Earpod. Aku da try. Sedap bunyi dia. Ada noise-cancellation


USB lightning port charging. Kabel caj dia ni Reversible. So tutup mata pun boleh cucuk kat iPhone da sekarang kalau nak charge.


Ada iPhone 5, Earpod, Lightning port charger, sticker Apple, Warranty dan Manual Guide


Belakang kotak Earpod


Earpod ! hot hot hot


Haha yang ni kelakar. Waktu aku order online dulu aku saja letak message berbunyi 
"We wish you goodluck in your aviation career and hope you love this little thing-Tim Cook,CEO of Apple Inc". Saje aku nak tengok apa response dari Team Apple Store sana . Mana tau bungkusan lagi mahal ke apa ke tapi cehh tulis sikit kecik tu je kat invoice letter.



Itu sajalah. Tunggu review iMac 27 inci pulak nanti




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...