Friday 23 November 2012

Sebab Anda Wajib Beli Google Nexus 7 !!! [Unboxing]



 Pada 20 November yang lepas ialah salah satu 100 hari yang menggembirakan aku bagi tahun 2012 apabila sebuah gajet yang gempak abis (high-end) yang telah ku beli online sampai di depan rumahku. Ya, welcome to the house Google Nexus 7 !


 Asus Malaysia telah melancarkan Nexus 7 versi 8gb dan 16gb tapi bagi aku harga diaorang agak mahal sebab bila aku check Google Play harga Nexus 7 jauh lebih rendah dari apa yang ditawarkan. Harga 16gb di Malaysia ialah RM999 wifi sahaja. Maka bermulalah pencarian aku di internet harga online bagi The Most Top Tablet 2012 itu.


Korang boleh check online barang barang computer seperti tablet,laptop,hardisk and macam macam lagi dekat eBays,Amazon,Best-deals,Lelong . Okay setelah buat research google sana sini,aku telah membuat keputusan membeli Google Nexus 7 32Gb Wifi only . SUMPAH aku cakap tablet ini sangat best and high-end untuk harga yg murah macam ni berbanding iPad.


Aku bukan la seorang Applefan atau pun FanDroid,tapi seorang peminat gajet dan IT. Yang mana lagi bagus yang tu lah berhak mendapat pujian. Kalau nak dibandingkan Nexus 7 dengan iPad mini,ternyata Nexus 7 lebih high-end dan lebih universal dan wajib dibeli !!!!

OK shut up dan mari lihat kelebihan Nexus 7........




Okay kenapa aku cakap korang wajib beli tablet awesome ni? Mari check out specs nya dulu

SCREEN                                                                                
- 7' 1280x800 HD Display(216 ppi)
-Back lit IPS display
-Scratch-resistant corning glass
-1.2 MP front facing camera

WEIGHT
-340 Grams

MEMORY
-8/16/32 gb internal storage
-1Gb RAM

BATTERY
-4325 mAh(up to 8hours active use)

CPU
-1.3 GHz Quad Core NVIDIA Tegra 3 processor

SIZE
-198.5x120x10.45mm

WIRELESS
-Wifi 802.11
-Bluetooth
-HSPA/Without HSPA

USB
-Micro USB

OS
-Android OS Jelly Bean 4.1(Update to 4.2)

FEATURES
-Microphone
-NFC Beam
-Accelerometer
-GPS
-Magnemometer
-Gyro


Okeh meh sini GK highlight kan feature atau pun specs yang bagi GK sangat hebat and menarik

1) NVIDIA Tegra 3 Quad Core processor
 - Processor yang sangat gempak bagi seorang gamer mcm aku. Tak dinafikan selain harga yang murah
faktor penyebab tablet Nexus 7 terjual sebanyak 7 juta adalah sebab processor ini

2) High Quality Display 1280x800 HD
-Bagi tablet bersaiz 7 inci,kualiti display ini sudah cukup gempak. Gambar tidak blur semasa zooming,tulisan lebih jelas,dan kualiti warna yang lebih terang.Berbanding dgn iPad mini,kualiti display Nexus 7 mendahului.

3)NFC
-Okay ini adalah feature terbaru yang mana sepatutnya tablet dan henpon zaman sekarang wajib memilikinya. Dan ini juga lah yang membuatkan aku turn-off terhadap iPad Mini kerana tidak memiliki fungsi ini selain display yang rendah. Di US,Canada anda boleh lihat fungsi NFC sangat berguna ketika membuat pembayaran,topup minyak,scan tag(dulu scan barcode) dan macam2 lagi melalui Google Wallet.

4) OS Jelly Bean
-Bagi pengguna Nexus, anda sememangnya akan menjadi orang pertama yang mendapat priority kalau bab-bab update OS ni berbanding pengguna Samsung and HTC. Sebab tu GK lebih memilih pure Google berbanding Samsung. Google juga telah mengumumkan Nexus 7 menjadi peranti pertama yang boleh meng-update ke OS Jelly Bean 4.2.. aku sudah update dan ia sangat sangat awesome,smooth,nice interface,takde lag,dan banyak la feature and widget.


KEKURANGAN

 Walaupun Google Nexus tidaklah perfect dan mempunyai kekurangan tetapi dek kerana banyak kelebihannya itu telah menutup segala kekurangan yang tidak seberapa. Meh lihat kekurangan Nexus 7.

1) Tiada kamera belakang
-Bagi instagrammer anda mungkin kecewa dengan kekurangan ini. Tapi bagi aku, tak kesah pun takde kamera belakang sebab tablet ni memang aku khusus kan utk kerja2,main game.Mungkin Google menganggap People look stupid capturing photo using their tablet.Bammmm!

2) Bukan skrin Gorilla glass
-Ramai yang agak sedikit kecewa apabila Google telah membuat keputusan tidak menggunakan Gorilla glass sebagai skrin Nexus 7 sebaliknya hanya menggunakan skrin anti-scratch corning yang biasa sahaja tapi heyy dengar cerita Google hanya memerlukan $160 untuk membuat tablet ni so jangan demand lebih okay !

3) Ruang storage yang agak kecil !
-Seperti yang sedia maklum,Google Nexus 7 didatangkan dengan versi 8gb dan 16gb untuk Malaysia manakala 16gb dan 32gb untuk versi US. Bagi gamer tegar dan movie addict mungkin menghadapi masalah tapi anda jangan risau ! Sebab sebenarnya tablet terhebat itu boleh memuatkan storage sampai 1TB,tak percaya? Tunggu entri akan datang


Okay sekarang jom layan gambar unboxing Google Nexus 7. belom mampu nak buat video unboxing mungkin entri akan datang,harap haraplah :D























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...