Thursday 29 November 2012

USB OTG cable ! - Kabel Universal

29 November,

Petang tadi jalan-jalan area IT centre di Kuantan,saja nak jenguk-jenguk barang-barang rare dan best walaupun tengah pokai sekarang ni,pastu tiba-tiba teringat Nexus 7 ku,so mata dan fikiran mencari accesory utk tablet aku tu,cover,screen protector dan sebagainya.

Lepas tu aku terpandang USB port ni. Aku dengan pantas terus tarik USB ni dan bayar di kaunter. Kalau korang nak tahu ini la USB OTG cable. OTG bermaksud "On The Go" . Kabel yang terdiri dari port Female USB dan Micro USB ni nampak je simple dan takde ape-ape padehal pehhhhhh~  banyak gila woii kegunaan dan kelebihan dia kalau tahu caranya

Harga dalam RM15 gitu. Kalau korang nak beli,aku cadangkan beli di kedai komputer jangan di kedai fon sebab MAKKKK aiii harga dyorang letak macam haram sampai RM50



So meh sini aku terang kan sikit function dia bila korang ada USB ni korang boleh

1) sambung fon korang terus ke kamera
2) sambung fon korang ke memory card reader
3) sambung tablet korang dengan controller
4) sambung tablet/gajet korang ke USB flash drive/hard disk
5) sambung gajet korang terus ke mana mana hardware yang ada USB port contoh keyboard/mouse

tapi ada syaratnya untuk gajet korang berfungsi melalui OTG kabel ni,syaratnya ialah :

1) Gajet korang memang OTG support
Tak banyak peranti yang boleh support,yang boleh pun selalunya limited contoh Nexus 7 aku

2) OS Android
Selama pengalaman aku lah,aku hanya tau peranti Android je yang support OTG,belom pernah aku tengok iPad ke iPhone boleh cucuk USB stick kat connector dia sebabnya Android ialah open source berbanding dengan iOS yang kena kurung sikit dengan Apple. So kalau korang pakai Android ICS/JB dan kernel  v3.x.x  ke atas kemungkinan besar peranti korang ada OTG support macam Note 2 dan S3

3) OTG cable
 Kabel OTG tak kisah apa brand murah ke mahal ke,semua boleh jalan


Jadi sekarang ni aku da test dekat Nexus 7 aku dan memang terbukti berjaya dan boleh. Boleh cucuk hardisk dan USB stick,controller,mouse,keyboard. Pasni main game tablet pakai controller jela. Yang paling best ialah walaupun peranti Nexus 7 aku 32Gb je tapi selepas connect dengan 1 TB hardisk,total storage aku ialah 1TB+32GB !!!

Cool kann! tak cukup cool !

Lagi cool sebab aku boleh tengok movie direct terus dari hardisk tu,tak payah save ke dalam peranti aku dulu. STREAM dan rilek je boleh view gambar gambar dalam hardisk tu. Hebat tak hebat nya gajet zaman sekarang ni. Aku pun terkejut masa buat experiment ni dulu. Tunggu entri akan datang aku buat demo cucuk OTG cable ni dengan device ku. Kasi cun punya

P/s : Mau layan movie dulu,happy sebab takyah risau da tak cukup space nak letak movie :P

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...