Sunday, 16 December 2012

Safari Crash? Bagaimana Mengatasinya

Korang guna macbook ? OS X? Lion atau Mountain Lion? Pernah tak masa korang guna Safari,tiba-tiba Safari crash atau tertutup sendiri. Benda ini selalu terjadi semasa korang cuba bukak 'new tab'.
Annoying kan?

                 Antara sebab kenapa Safari crash yang dikenalpasti
  1. Terdapat dua plugin dalam web browser
  2. Java error
  3. Cache
    So kat sini ada disediakan tutorial bagaimana nak menghalang Safari crash. Tak kisah la berapa banyak kali korang update Safari korang atau upgrade Lion ke Mountain Lion,Safari masih crash. 

Ada dua cara

1. Reset Safari korang,caranya seperti screenshot di bawah. Tekan Safari di atas panel sebelah kiri dan   pilih Reset Safari.













Dan tick 'Remove all website data' atau boleh jugak tick semua untuk Full Reset.


2. Cara yang kedua ialah download Safari6 yang baru. Tapi cara yang terakhir ini saya pasti akan menyelesaikan masalah anda. Anda boleh download Safari6 di link bawah ini.(ianya adalah link yang digunakan software update untuk download Safari 10.7.4)





Anda sudah download ? Bagaimana? Tiada lagi crash? Komen sini

Kegunaan OTG Cable Pada Nexus 7


Anda semua pasti sudah tahu tentang produk keluaran Google dan Asus, iaitu Nexus 7 ,tablet yang paling laris dalam tahun 2012 . Bagi yang tidak tahu anda boleh rujuk sini Nexus 7. Tablet ini menampilkan spesifikasi yang agak memuaskan mengalahkan iPad Mini dari segi dalam dan luarnya. Tetapi ramai yang complain sebab maksimum storage pada Nexus 7 hanyalah 32GB.

Bagi gamer sekalian dan penggemar movie,anda pasti mahukan tablet anda berupaya menyimpan movies dan games. 32GB ? Pastinya tidak mencukupi. Malah dengan ketiadaan slot tambahan memori kad pada Nexus 7 pastinya ramai yang pikir dua kali sebelum membeli tablet ini

Tapi masalah ini GajetKiasu boleh bantu selesaikan melalui video bawah ini. Sebelum tu yang tidak tahu apa itu OTG cable boleh baca di entri ini

Keperluan

1. Tablet yang support OTG(cth Nexus 7)
2. OTG cable
3. USB drive
4. Nexus Media Importer (Boleh download di Play Store)-$1.99


Melalui fungsi OTG ini,pastinya menonton video menjadi lebih mudah sebab korang tak perlu susah-susah Sync dan Convert video file korang untuk dimasukkan ke dalam tablet. Cuma perlu tekan Stream saja,semuanya setel. Korang boleh view dokumen,photo dan mainkan music dari thumbdrive korang dan external hardisk korang ! Cuba bayangkan kalau external hardisk korang 1TB,berapa banyak movie korang boleh masukkan? dan berapa banyak duit korang boleh jimat semata mata nak tambah storage menjadi 32GB atau 64GB?

Selain itu dengan fungsi OTG, korang boleh main game di tablet menggunakan controller/joystick. Apa yang kami sudah cuba ke atas Nexus 7 dan berfungsi dengan baik contohnya Xbox controller,Ps3 controller,Keyboard,Mouse,Printer. Semuanya berfungsi dengan baik dengan syarat sebelum main game korang mestilah dulu key mapping.

Ramai yang tidak tahu pasal ini dan tidak manfaatkan nya. Walaupun aku peminat produk Apple dan aku akui iPad mini cantik luarannya tapi luaran tetap luaran. Dari segi dalamannya sangatlah mengecewakan. Dan sudah pastinya iPad tidak mampu berbuat seperti di atas ini kerana iPad tidak support OTG. Maaf.





Thursday, 13 December 2012

Guna exFAT & Tak Perlu Format Hardisk Lagi


Guna external hard disk antara Windows dengan Mac kadang-kadang agak melecehkan sebab kena format setiap kali nak guna OS yang berlainan. Setiap kali tukar ke OS lain,kena format hardisk supaya hardisk boleh berfungsi dengan sebaiknya. Penyelesaian kepada masalah ini ialah dari format hardisk tu,aku cadangkan korang guna independent-platform exFAT dan korang tak perlu format disk lagi.

Sistem default bagi Windows iaitu NTFS hanya readable untuk OS X, dan tidak writable. Jadi korang hanya boleh baca hardisk itu tanpa mengubahsuai apa-apa kandungan dalam hardisk tu dan komputer Windows pula langsung tidah boleh baca format Mac iaitu HFS+. FAT32 berfungsi baik antara Windows dan OS X, tapi mempunyai limit 4GB per file, agak kurang efisien.

Penyelesaiannya ialah

exFAT

File system yang mampu read & write di kedua dua OS, Windows dan juga OS X. Apa yang korang kena lakukan ialah format drive korang menggunakan Windows komputer . Sila maklum yang korang tidak boleh format drive menggunakan komputer dari OS X,wajib dari komputer Windows supaya ianya boleh berfungsi di kedua dua OS. Di bawah adalah screenshot caranya.


Bagaimana format menggunakan exFAT

1. Cucuk hardisk/Pendrive korang ke komputer Windows Vista atau Windows 7 
2. Bukak tetingkap Windows Computer

3. Klik kanan pada disk,dan pilih format

4. Pilih exFAT di ruangan pilihan File System, dan tekan start

5. Siap. Sekarang disk korang boleh digunakan di Windows dan juga Mac

Walaupun FAT boleh digunakan untuk Mac dan Windows ,tetapi maksimum limit saiz file adalah 4GB. Anda tak boleh guna disk ini untuk video HD yang panjang dan file image yang besar. exFAT adalah file system yang terbaik dan berfungsi dengan lancar di Mac dan Windows !

Wednesday, 12 December 2012

Perbezaan Pakej Windows 8


Windows 8 ? Windows 8 RT ? Windows 8 PRO ?


Korang da cuba Windows 8 yang baru yang lebih seksi dan mengancam? Dengan Metro UI yang menarik perhatian ramai pengguna Windows di luar sana ditambah pula dengan Upgrade Offer yang ditawarkan oleh Microsoft dengan harga yang sangat sangat berpatutan,Windows 8 telah menduduki ranking pertama setakat ini bagi OS yang paling banyak dimuaturun pada tahun 2012.


Antara interface baru Windows 8, Metro UI




Kat sini aku sediakan link untuk Upgrade Offer yang ditawarkan oleh Microsoft dimana korang boleh mendapatkan Windows 8 dengan hanya RM50 !

Klik disini

Yang lain tu yang mana rasa nak beli original pack Windows 8 versi download dan versi CD korang boleh check laman web rasmi microsoft di bawah ni. Dengan harga RM120 untuk versi muaturun dan RM210 untuk versi CD, aku rasa harga ini dah cukup berpatutan berbanding dengan kos upgrade untuk Windows 7 yang ditawarkan dulu sampai RM700 !

Klik disini

Tapi sebelum beli Windows 8 korang tahu tak perbezaan pakej Windows 8 yang ditawarkan? Jangan main hentam beli je ye, kena tahu apa yang dibeli. Ada 3 jenis pakej Windows 8. Ya,sikit je ada 3 je berbanding Windows 7 dahulu ada lebih kurang 6


Windows RT
  1. Direka khas untuk tablet dan PC khususnya tablet. Microsoft Surface juga pakai Windows 8 RT
  2. Nipis,ringan dan dipanjangkan jangka hayat baterinya. Start up dengan sekelip mata sahaja
  3. Office Home & Student 2013 RT Preview didatangkan sekali
  4. Sudah pre-installed di dalam tablet dan PC yang terpilih
  5. Hanya run apps yang sudan terbina di dalamnya atau apps yang dimuaturun dari Windows Store
  6. Kalau korang nak install apps seperti Adobe Photoshop,dicadangkan pilih Windows 8 atau Windows 8 PRO.
Windows 8
  1. Pre-installed dalam pelbagai jenis Pc,tablet,ultrabook,laptop
  2. Windows 8 boleh run apps yang sedia ada sekarang dan juga apps yang dimuaturun dari Windows Store
Windows 8 PRO
  1. Segala kemudahan dan kelebihan boleh didapati di dalam versi ini spt networking,encrypting dan sebagainya
  2. Boleh memainkan apps yang sedia ada dan dari Windows Store
  3. Full and complete version
Perbandingan Pakej Windows 8


Semasa Pelancaran Windows 8 di Malaysia

gambar : Malaysian Digest
gambar : Malaysian Digest

Tak rugi kalau cuba !

Selamat Mencuba 

Monday, 3 December 2012

Bagaimana Nak Hack Facebook


    Hack Status Facebook Menggunakan Handphone

P/s : Entri ini hanyalah sebagai pengetahuan am kepada semua dan sebagai langkah pencegahan.
Gajet Kiasu tak bertanggungjawab di atas perkara yang berlaku

Sekarang aku nak share dengan korang macam mana nak hack wall kawan korang menggunakan cara yang paling mudah

* Gajet Kiasu menggunakan ID sendiri sebagai contoh dan screenshot bagi tujuan pengetahuan ini kerana Gajet Kiasu tidak mempunyai niat jahat terhadap orang lain dan musuh

1) Menggunakan cara ini, korang boleh hack status kawan korang

Keperluan

* Kawan korang mestilah mengaktifkan facebook mobile

Langkah-langkahnya

1) Mula-mula cari kawan korang punya nombor telefon yang mengaktifkan facebook mobile

2) Korang boleh cari nombor telefon kawan korang dekat profil facebook dia,cuma pergi ke 'info'.    Skrol ke bawah( Lihat screenshot di bawah)


3) Sekarang pergi ke www.smsglobal.com dan buka halaman seperti di bawah. Korang mestilah register dulu di website ini.


4) Sekarang dalam ruangan "Send SMS To" , taip mana mana nombor facebook dibawah. Aku   rekomenkan nombor yang pertama

Nombor Facebook :

919232232665

919223055519

919223055509

919223055508

919223055528


5) Dalam ruangan "Sender ID From", taip nombor kawan korang yang korang dapat di profil fb nya. Pastikan dia mengaktifkan facebook mobile menggunakan nombor di profilnya sebelum korang mengikuti langkah-langkah ini

6) Dalam "Message box" ,taip mesej yang korang nak muncul di status nya

7) Tekan butang "Send SMS".....

Sekang check kawan korang punya profil fb.(screenshot)



Korang boleh cuba trial and error cara ini menggunakan ID korang kalau nak tahu berkesan ke tak.

Ingat,ini hanya lah sebagai ilmu bagi mengelakkan korang di-hack dan Gajet Kiasu cadangkan jangan sesekali letak nombor telefon korang di mana mana laman sosial.

Selamat Berjaya,Peace

GreenHacker

P/s: Nanti aku ajar korang macam mana nak hack guna phishing pulak.Cara yang lebih berkesan dan mempunyai total control ke atas akaun facebook mangsa hack 

Saturday, 1 December 2012

Bagaimana Membuat Boot Installer OS X Mountain Lion ke dalam USB drive/CD/Hardisk [Tutorial]


OS X 10.8 Mountain Lion yang dikeluarkan Apple menampakkan features baru yang menarik seperti notification sides macam iOS dan pelbagai lagi yang dipertingkatkan. Tapi terima kasih la sebab 
GAJET  KIASU  menemui cara untuk boot OS X Mountain Lion dari USB drive atau hardisk korang

Dengan membuat bootable install drive,korang boleh perform clean OS X 10.8 install dan install kan nya di partition yang berbeza walau korang takde akses internet sekalipun. Aku  akan menerangkan prosesnya disini tapi korang jangan lupa check requirement untuk install Mountain Lion di sini

Bagi korang yang belom ada installer OS X 10.8 Mountain Lion,korang boleh download di link ini tapi pastikan korang mempunyai torrent sebagai medium untuk download

Details:
OSX 10.8 Mountain Lion
Size 4.03 GB (4332399045 Bytes)



Kalau korang dah ada installer OS X Mountain Lion yang sudah di-extract, skip step muaturun dan lompat terus ke step bagaimana nak boot installer ke dalam USB drive

GAJET  KIASU terpaksa menggunakan dwi bahasa English dan BM semasa proses boot kerana ada bahasa yang kami tidak dapat translate kan takut salah maksud dan memudahkan lagi bagi korang.


Muaturun OSX Mountain Lion di App Store dan 'extract file DMG'

1. Muaturun OSX 10.8 Mountain Lion dari App Store
2. Buka  /Applications/Directory dan klik kanan di 'Install Mac OSX Mountain Lion.app' dan pilih 
    'Show Package Content'
3. Buka 'Contents' directory dan buka "SharedSupport", cari file “InstallESD.dmg”
4. Klik dua kali file “InstallESD.dmg” untuk mount kan nya di desktop

Bagaimana Membuat Boot Installer OS X Mountain Lion ke dalam USB drive/CD

1. Buka 'Disk Utility' dan sambungkan pemacu anda USB drive/Hardisk
2. Pilih USB Drive di menu sebelah kiri dan klik tab 'erase' ,pilih “Mac OS X Extended (Journaled)”
    sebagai format, kemudian klik butang 'erase' di bawah bersebelahan dengan 'Security Options'



3. Sekarang pilih USB drive yang hendak di format kan di sebelah kiri dan klik tab 'Restore'
4. Drag 'Mac OS X Install ESD' image yang telah di-mount ke dalam 'Source'
5. Drag partition yang telah diformat ke dalam 'Destination' , kemudian klik 'Restore'


6. Confirm-kan USB drive anda akan kehilangan data dan masukkan Admin's password jika ditanya

Disk Utility sekarang akan create bootable OS X Mountain Lion installer di USB drive anda menggunakan disc image, proses ini mengambil masa sedikit bergantung kepada kepantasan drive dan Mac korang,biasanya dalam 20-30 minit.

Selepas siap, reboot Mac korang dan hold butang 'Option' untuk memasuki menu boot


Pilih disc yang warna oren tu,Mac OS X dan anda akan boot ke dalam OS X Mountain Lion Installer,
bermula dari sini proses install adalah seperti biasa. Klik 'continue' ,pilih destination drive dan install



Di harap korang dapat install OS X Mountain Lion dengan sempurna dan enjoy awesome features yang ada dalam ML tu. Selamat Berjaya !! :)

p/s : Kalau rasa entri ini bermanfaat,tolong share kan kepada yang lain. Sama-sama kita
berkongsi ilmu. Jangan kedekut ilmu. Peace


Friday, 30 November 2012

Subway Surfer - Game Hilangkan Rasa Bosan Anda


    Korang rasa bosan tak ? Tak tau nak buat apa ? Blur ? Nak pergi keluar tapi hujan ?

Apa kata korang hilangkan rasa bosan korang bermain game ni. It's pretty fun though.
Bagi yang jenis suka game simple simple tak berat,game ini untuk anda.

Memperkenalkan Subway Surfer 


Game yang menggunakan konsep ala ala Temple Run

Check out trailer Subway Surfer



Korang boleh download game nya di Appstore dan Google Play 

Untuk Android user,download di Google Play di sini




Corak permainan yang simple sahaja korang perlu lari dari pakguard baju hijau 
tu dengan anjingnya sambil tu collect coins and items.



Subway Surfers tersenarai Top Games dan Games Of The Week 
di AppAdvice dan Appstore

Takde apa yang perlu di katakan sangat memandangkan 
game simple ini hanya sekadar memenuhi masa lapang
dan menghilangkan rasa bosan anda

4.3 rating ***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...