Wednesday 16 January 2013

iPad Mini [Unboxing]

Yohoo salam semua hari ni tajuk iPad Mini. "Oh gajet Apple lagi" ..keluh pembaca Gajetkiasu.blogspot ..tu pun kalau ada orang baca.. Yes gajet Apple lagi .. Sebab da tension dengan tablet Android iaitu Nexus 7

Walaupun aku puji habis habisan Nexus 7 haritu di dalam entri ini Nexus 7 sangat gempak (sarcasm) dan kutuk iPad Mini namun harini aku berani mengaku yang iPad Mini tetap jauh lagi dari tablet Android Nexus 7 sebabnya ?



Antara kekurangan tablet Android 

1. Walaupun Nexus 7 tablet yang paling high end pada masa tu dari segi processor, display, OS , dan sebagainya tetapi sebagaimana kuatnya fizikal ahli bina badan itu tetapi otaknya lah yang menentukan kekuatan mentalnya justeru mengawal seluruh anggota badannya. Maksudnya disini ialah Nexus 7, yes hebat dari segi specs,binaan, kualiti tetapi OS nya iaitu Android Jellybean masih kekurangan.


Aku bukak instagram pun crash ! itu aku marah ! belom bukak facebook,gallery dan email pun crash jugak. Rasanya Android masih banyak yang perlu dibaiki. Tak lupa juga semasa web browsing,kalau kita slide sesuatu page tu ke atas or kebawah, kita boleh detect ada glitch dan lag sikit. Tak percaya ? Gi amik device android pergi try !


2. Google Play Store tak boleh challenge Appstore. Ini fakta bukan auta. Masa aku guna dulu, banyak apps yang aku search tak ada di Google Playstore. Banyak sangat. So bagi kaki game mcm aku FIFA 13 wajib ada. Kalau takda , maknanya selamat lah. p/s : Google Play Store banyak apps cikai2 je

3. Kita sedia tahu device Android ada macam2 jenis, jenama,saiz, dan specs. Antaranya Samsung, HTC, Motorola, Sony, Nexus dan macam2 lagi jenama. Tu belom sebut lagi brand China yang paling banyak di pasaran contoh Huawei. Semua brand ini nak lawan dengan satu brand Apple. Agak steady jugak lah Apple kat situ nak lawan dengan semua ni. Padan muka kau Apple. Satu company plak keluar bermacam-macam jenis phone setahun. Samsung sahaja mengeluarkan 34 jenis device tahun
2012 sahaja. Apple relax keluar satu je setahun haha

Okay disebabkan banyak company yang guna Android ini, banyak apps di Android skrin nya tidak mengikut piawaian yang sepatutnya. Haha maksudnya kalau kita bukak apa-apa application dekat tablet kita akan dapati ada apps  yang kecil je saiz skrin dia. Tak mengikut saiz skrin tablet. Sebab apps tu cedok dari apps untuk handphone . Dan ini lah punca masalahnya aku jadi turn off hmmmm.


Maka datanglah iPad Mini menyelamatkan keadaan !
*tiba-tiba ada kat situ

Layan gambar dulu




















So nak cakap kat sini bagi sesiapa yang tengah tunggu nak beli tablet apa, angkat sajalah mini. Berbaloi! Ringan ! Tak lenguh ! 


Antara kekurangan iPad Mini


1) Display- 1024-by-768 resolution at 163 pixels per inch (ppi)

Walaupun hanya 163 ppi tapi iPad Mini menggunakan IPS seperti teknologi yang ada pada iPhone 5 dan iPad 3 iaitu IPS ( in-plane switching) ,so gambar still sharp dan menarik lagi. Jauh lagi bagus dari iPad 2 tetapi kurang tajam dari iPad 3. Tetapi gambar macam Retina Display dah, cantik ! Tiada masalah main game HD. Try main FIFA 13 tengok, best ke tak. hehe

p/s : Bagus juga bukan retina ni. Semakin bagus screen display ini semakin banyak makan bateri


2) Processor - Dual Core A5

 Walaupun guna A5 tak macam iPad 4 guna A6X, tapi processor ini dah cukup bagus ditambah lagi dengan iOS 6, main game HD dan grafik tinggi tiada masalah. Tiada Glitch,smooth je semasa web browsing dan paling penting tiada crash.

Kelebihan iPad Mini

1. Ringan
2. Design yang premium; suka aluminium berbanding plastik
3. Kelajuan surf internet yang maksimum, sokongan LTE/4G
4. Mudah digunakan; Interface iOS
5. Bateri tahan sehingga 12 jam atau lebih; selama aku guna iDevice, iPad Mini yang 
    aku rasa bateri paling power sekali. Nak tahu ? Kena beli la
6. Banyak casing dan aksesori yang menarik untuk iDevice (ini fakta)
  cth casing : Otterbox, Griffin, Lifeproof, Speck ,Capdase, Element
  cth aksesori : Stereo speaker dock banyak untuk iPhone atau iPad banyak; jarang 
  ada untuk Android.


Tablet Android : Untuk orang yg mementingkan specs ,hardware; orang yang suka web browsing; orang yang tidak kisah pasal application; orang yang gunakan device sebagai reader nak baca buku or paper

Tablet iOS : Untuk orang yang mementingkan performance; orang yang suka main game best-best; orang yang mementingkan kuasa dalaman dari kuasa luaran; orang yang tidak suka masalah crash dan lag



*Tunggu review utk iPad Mini dan juga review Griffin Survivor nanti.


4 comments:

  1. i love her so much! she connects us! ;)

    ReplyDelete
  2. salam..saya dah beli ipad mini..hehe.. :)

    memang betul ringan cuma ade beberapa apps yg tak compatible dgn mini lagi..so kene guna iphone version..mcm foursquare,instagram...huhu..

    saya beli kat apple store dan ade scratch sikit masa salesman unboxing..sedih dorg ckp tak dpt tukar...tapi tak per la..dah beli buat2 tak nampak je.. :)

    ReplyDelete
  3. buat assigment buleh x? malas bawak laptop. berat macam guli ^_^

    ReplyDelete
  4. hari ni saya beli.. seminggu lepas tu jailbreak.. memang best pakai ipad mini.. nak ada lag susah la.. memang jauh beza dengan android.. tapi skang aku nak jual pasal aku tengah kesempitan wang.. tapi takder la sampai takleh makan.. cuma memerlukan duit lebih, sapa2 berminat leh la call 019 907 3907

    Ipad Mini 16gb Cellular + Wifi rm 900 harga leh kurang lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...