Friday, 30 November 2012

Dropbox - Aplikasi Cloud Storage Paling Berguna

Dengan pantasnya teknologi berkembang pada masa kini, beratus-ratus gajet baru akan diperkenalkan setiap tahun, beribu-beribu aplikasi dibina oleh para "developers" semestinya akan merancakkan lagi dunia teknologi dan semakin hari semakin mudah,senang, hidup manusia. Semestinya saiz ruang penyimpanan data semakin berkembang dek kerana pelbagai jenis data yang perlu disimpan

Zaman dulu selalu pakai Pendrive ni. 
Tapi dulu mahal 8GB RM80 lebih sekarang 8GB RM28 ringgit je !
Tapi tak cukup la kecik sangat nak letak movie pun tak bley !




Lepas tu dah mampu sikit,beli hardisk ni. 500GB boleh RM190
Boleh da la nak letak cerita Runningman,citer korea semua,Family Guy.
Tapi problem hardisk HDD ni cepat sangat kena virus data corrupt ! Data abis semua hilang. Banyak kali dah kena format hardisk nih tensen aku ! Data-data penting seperti surat,sijil dan gambar-gambar personal sepatutnya diletakkan di tempat yang lebih selamat


So there must be a way !


Lepas search dan explore sana sini maka aku terjumpa satu aplikasi ini dipanggil Dropbox terus aku cuba install tanpa buang masa



Ya ini lah setakat ni bagi aku aplikasi Cloud storage yang paling perfect dan memudahkan.



 Bagaimana Dropbox berfungsi?


Korang perlu register dropbox dulu di sini


kemudian korang boleh terus menggunakan aplikasinya secara percuma


Dropbox dipanggil "cloud storage" sebab korang tak perlukan ruang penyimpanan data berbentuk fizikal seperti hardisk dan flashdrive. 
Korang boleh simpan apa jenis file sekalipun,movie pun boleh,korang cuma perlu drag je file korang ke dalam folder Dropbox atau upload je




Kelebihan Dropbox ni sebab korang boleh 'synchronize' semua data korang dalam akaun Dropbox korang kedalam semua gajet yang sesuai dengan aplikasi ni seperti iOS,Android,Windows,OSX. 
Korang akan dapat 2GB percuma sebagai permulaan




Korang jugak tak perlu risau pasal data kalau laptop/handphone/PC korang rosak atau hilang
 sebabnya data korang selamat di dalam akaun Dropbox
Korang cuma perlu pergi beli handphone baru(kalau hilang) lepas tu 
sign in je akaun Dropbox, MAGIC ! semua data ada dan tersusun



Satu lagi kelebihan Dropbox ialah [File Sharing]
Korang boleh share file yang ada dalam folder Dropbox korang dengan kawan-kawan korang seperti link di bawah ni, aku share file game Angrybirds.apk menggunakan akaun Dropbox aku



Tapi sebagai permulaan korang hanya dapat 2GB,korang boleh tambahkan secara free kalau korang promote dekat kawan kawan atau 'link' kan akaun Dropbox korang ke Facebook/Twitter
ATAU
korang boleh bayar bulanan mengikut berapa besar saiz GB korang nak


Macam-macam kemudahan dah tersedia. Rugilah kalau tak manfaatkan

Register Dropbox anda sendiri di link bawah ini




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...