Friday, 30 November 2012

Subway Surfer - Game Hilangkan Rasa Bosan Anda


    Korang rasa bosan tak ? Tak tau nak buat apa ? Blur ? Nak pergi keluar tapi hujan ?

Apa kata korang hilangkan rasa bosan korang bermain game ni. It's pretty fun though.
Bagi yang jenis suka game simple simple tak berat,game ini untuk anda.

Memperkenalkan Subway Surfer 


Game yang menggunakan konsep ala ala Temple Run

Check out trailer Subway Surfer



Korang boleh download game nya di Appstore dan Google Play 

Untuk Android user,download di Google Play di sini




Corak permainan yang simple sahaja korang perlu lari dari pakguard baju hijau 
tu dengan anjingnya sambil tu collect coins and items.



Subway Surfers tersenarai Top Games dan Games Of The Week 
di AppAdvice dan Appstore

Takde apa yang perlu di katakan sangat memandangkan 
game simple ini hanya sekadar memenuhi masa lapang
dan menghilangkan rasa bosan anda

4.3 rating ***


Evernote - Notebook Awangan !

Sebab apa notebook awangan?
Sebab Evernote juga merupakan salah satu aplikasi yang menggunakan perkongsian 'cloud sharing'.

Apa yang best Evernote?
TERJAH


Usha video dulu

                                         

Evernote ibarat notebook tetapi tiada bentuk fizikal. Hanya dalam bentuk software.
Handphone/laptop/tablet korang yang di-install Evernote boleh jadi notebook korang.


Apa kegunaan EVERNOTE ?


      Rekod apa-apa yang korang rasa menarik semasa online,kat luar.
Tangkap gambar,rekod audio sikit dan save dlm Evernote



Simpan laman web atau pun artikel menarik dari internet di Evernote
dan bila ada masa free korang boleh view semula laman web tersebut
lengkap dengan links,image,text



Kumpul info dan data dari seluruh tempat dan susun di satu tempat.Kemas!
Dari nota,laman web,screenshot,gambar,video,links,semuanya di hujung jari 



Kongsi nota korang projek/assignments dengan kawan kawan,
teman sekolej,kawan sekelas korang melalui Evernote



Dengan Evernote semuanya menjadi mudah gambar,laman web,
file,nota,assignment korang boleh di 'Sync' dalam semua gajet anda
iOS,Android,Windows,OSX



EVERNOTE app versi iOS 6 



Sangat mudah hanya perlu drag apa apa yang
 korang rasa menarik ke dalam EVERNOTE


Idea yang korang rasa mengarut tapi menarik pun boleh
di-save,mana tahu akan menghasilkan sesuatu yang
lebih menarik ? 


Dan akhir sekali ialah proses 'sync' . Confirm kerja anda akan jadi
lebih mudah dan tak perlu takut lagi dokumen-dokumen penting
hilang atau terlupa bawa semasa ada mesyuarat


Aplikasi yang memudahkan seperti ini memang wajib bagi businessman,pelajar yang 
mempunyai pelbagai dokumen penting tapi tidak tahu bagaimana nak menguruskannnya.
Di luar negara ramai pengguna menggunakan EVERNOTE di sekolah,pejabat,pasaraya,restoran
 BEST !



Ni adalah contoh paparan utama EVERNOTE di laptop korang nanti


Dropbox - Aplikasi Cloud Storage Paling Berguna

Dengan pantasnya teknologi berkembang pada masa kini, beratus-ratus gajet baru akan diperkenalkan setiap tahun, beribu-beribu aplikasi dibina oleh para "developers" semestinya akan merancakkan lagi dunia teknologi dan semakin hari semakin mudah,senang, hidup manusia. Semestinya saiz ruang penyimpanan data semakin berkembang dek kerana pelbagai jenis data yang perlu disimpan

Zaman dulu selalu pakai Pendrive ni. 
Tapi dulu mahal 8GB RM80 lebih sekarang 8GB RM28 ringgit je !
Tapi tak cukup la kecik sangat nak letak movie pun tak bley !




Lepas tu dah mampu sikit,beli hardisk ni. 500GB boleh RM190
Boleh da la nak letak cerita Runningman,citer korea semua,Family Guy.
Tapi problem hardisk HDD ni cepat sangat kena virus data corrupt ! Data abis semua hilang. Banyak kali dah kena format hardisk nih tensen aku ! Data-data penting seperti surat,sijil dan gambar-gambar personal sepatutnya diletakkan di tempat yang lebih selamat


So there must be a way !


Lepas search dan explore sana sini maka aku terjumpa satu aplikasi ini dipanggil Dropbox terus aku cuba install tanpa buang masa



Ya ini lah setakat ni bagi aku aplikasi Cloud storage yang paling perfect dan memudahkan.



 Bagaimana Dropbox berfungsi?


Korang perlu register dropbox dulu di sini


kemudian korang boleh terus menggunakan aplikasinya secara percuma


Dropbox dipanggil "cloud storage" sebab korang tak perlukan ruang penyimpanan data berbentuk fizikal seperti hardisk dan flashdrive. 
Korang boleh simpan apa jenis file sekalipun,movie pun boleh,korang cuma perlu drag je file korang ke dalam folder Dropbox atau upload je




Kelebihan Dropbox ni sebab korang boleh 'synchronize' semua data korang dalam akaun Dropbox korang kedalam semua gajet yang sesuai dengan aplikasi ni seperti iOS,Android,Windows,OSX. 
Korang akan dapat 2GB percuma sebagai permulaan




Korang jugak tak perlu risau pasal data kalau laptop/handphone/PC korang rosak atau hilang
 sebabnya data korang selamat di dalam akaun Dropbox
Korang cuma perlu pergi beli handphone baru(kalau hilang) lepas tu 
sign in je akaun Dropbox, MAGIC ! semua data ada dan tersusun



Satu lagi kelebihan Dropbox ialah [File Sharing]
Korang boleh share file yang ada dalam folder Dropbox korang dengan kawan-kawan korang seperti link di bawah ni, aku share file game Angrybirds.apk menggunakan akaun Dropbox aku



Tapi sebagai permulaan korang hanya dapat 2GB,korang boleh tambahkan secara free kalau korang promote dekat kawan kawan atau 'link' kan akaun Dropbox korang ke Facebook/Twitter
ATAU
korang boleh bayar bulanan mengikut berapa besar saiz GB korang nak


Macam-macam kemudahan dah tersedia. Rugilah kalau tak manfaatkan

Register Dropbox anda sendiri di link bawah ini




Thursday, 29 November 2012

USB OTG cable ! - Kabel Universal

29 November,

Petang tadi jalan-jalan area IT centre di Kuantan,saja nak jenguk-jenguk barang-barang rare dan best walaupun tengah pokai sekarang ni,pastu tiba-tiba teringat Nexus 7 ku,so mata dan fikiran mencari accesory utk tablet aku tu,cover,screen protector dan sebagainya.

Lepas tu aku terpandang USB port ni. Aku dengan pantas terus tarik USB ni dan bayar di kaunter. Kalau korang nak tahu ini la USB OTG cable. OTG bermaksud "On The Go" . Kabel yang terdiri dari port Female USB dan Micro USB ni nampak je simple dan takde ape-ape padehal pehhhhhh~  banyak gila woii kegunaan dan kelebihan dia kalau tahu caranya

Harga dalam RM15 gitu. Kalau korang nak beli,aku cadangkan beli di kedai komputer jangan di kedai fon sebab MAKKKK aiii harga dyorang letak macam haram sampai RM50



So meh sini aku terang kan sikit function dia bila korang ada USB ni korang boleh

1) sambung fon korang terus ke kamera
2) sambung fon korang ke memory card reader
3) sambung tablet korang dengan controller
4) sambung tablet/gajet korang ke USB flash drive/hard disk
5) sambung gajet korang terus ke mana mana hardware yang ada USB port contoh keyboard/mouse

tapi ada syaratnya untuk gajet korang berfungsi melalui OTG kabel ni,syaratnya ialah :

1) Gajet korang memang OTG support
Tak banyak peranti yang boleh support,yang boleh pun selalunya limited contoh Nexus 7 aku

2) OS Android
Selama pengalaman aku lah,aku hanya tau peranti Android je yang support OTG,belom pernah aku tengok iPad ke iPhone boleh cucuk USB stick kat connector dia sebabnya Android ialah open source berbanding dengan iOS yang kena kurung sikit dengan Apple. So kalau korang pakai Android ICS/JB dan kernel  v3.x.x  ke atas kemungkinan besar peranti korang ada OTG support macam Note 2 dan S3

3) OTG cable
 Kabel OTG tak kisah apa brand murah ke mahal ke,semua boleh jalan


Jadi sekarang ni aku da test dekat Nexus 7 aku dan memang terbukti berjaya dan boleh. Boleh cucuk hardisk dan USB stick,controller,mouse,keyboard. Pasni main game tablet pakai controller jela. Yang paling best ialah walaupun peranti Nexus 7 aku 32Gb je tapi selepas connect dengan 1 TB hardisk,total storage aku ialah 1TB+32GB !!!

Cool kann! tak cukup cool !

Lagi cool sebab aku boleh tengok movie direct terus dari hardisk tu,tak payah save ke dalam peranti aku dulu. STREAM dan rilek je boleh view gambar gambar dalam hardisk tu. Hebat tak hebat nya gajet zaman sekarang ni. Aku pun terkejut masa buat experiment ni dulu. Tunggu entri akan datang aku buat demo cucuk OTG cable ni dengan device ku. Kasi cun punya

P/s : Mau layan movie dulu,happy sebab takyah risau da tak cukup space nak letak movie :P

Razer Abyssus Transformer Edition [Unboxing]

3 minggu yang lepas aku ada beli Razer Abyssus Transformer Edition OEM set harga RM139 pakej Razer Mouse+ Goliathus mousepad. Setelah sekian lama aku mengidam nak beli gaming mouse akhirnya hari itu dapat jugak aku memiliki barang Razer tu pun lepas berhari-hari aku usha sana sini,kat internet kat PC fair,kat kedai computer tapi malangnya barang rare,samada susah nak dapat ataupun harga yang melampau mahal pastu tetiba supplier aku cakap dia ada jual barang macam ni jugak so terus berminat lah tak banyak cakap da. 

Lepas deal punya deal dapat la best price RM139 untuk Razer mouse tu and free gift mousepad

Muka kemain excited barang ni yelah kan harga OK barang OK dapat free gift mousepad Goliathus yang retail price harga RM50 plak tu. Dengan ada nya mouse ni boleh la nak layan game Call Of Duty :Black Ops 2,Left 4 Dead 3,Hitman,Max Payne dan banyak lagi la akan datang 2013 ni




Free gift Mousepad Goliathus

Sorry cadar berbunga bunga ni bukan katil aku ni katil guest room,katil aku cadar Chelsea !



Aku saja pilih transformer version sebab nampak rare dan techgeek sikit Cehhhh. POYO


Belakang kotak ada tulis details pasal mouse ,features dan instructions semua. Ada dua jenis mouse Transformer versi,versi Autobot versi Decepticon



Material jenis mirror finish sama macam Abyssus mirror version
Bila guna ni korang akan dapati ada fingerprint sikit,tapi biasalah tu




Kat bawah mouse ada details,adjustable polling rate dan juga juga adjustable Dpi dan juga ada serial number ,so korang boleh register mouse ni or check barang ni certified atau tak hat


Razer Mouse aku berkilat lagi tu dah tak sabar nak test power



Yang aku suka pasal mouse ni bila connect to laptop , logo Autobot kat mouse tu akan glow warna biru. Nice lah ! So tak rugi lah nak beli Razer Abyssus ni buat sang pencinta gamer. Mula aku ingat nak angkat Razer Deathadder tapi bila usha balik specs sama je and harga lain tapi function sama so aku stick dengan Abyssus jela. Lagipun setiap mouse ada jenis grip tersendiri

Razer Abyssus : Claw grip (Sebab body kecil,narrow,sesuai utk tangan kecil)
Razer Deathadder : Palm grip (Sebab body besar,lebar,sesuai utk tangan besar)

Jadi sebab tu aku buat keputusan angkat Razer Abyssus. Overall aku amat puas hati dengan mouse ni,performance nya,Dpi boleh ubah-ubah kalau rasa nak sensitivity mouse laju,tambahkan Dpi kat bawah mouse tu je.

4.5 rating*****

[WTS] THREAD

Kalau korang berminat aku boleh tolong orderkan,confirm harga boleh dapat murah sebab memang selalu da berurusan dengan supplier ni bab-bab baju import dan sebagainya

Details -

Items
  1.  Razer Abyssus Normal Edition
  2.  Razer Abyssus Mirror Edition
  3.  Razer Abyssus Transformer Edition
  4.  Razer Deathadder Normal Edition
Specifications :
  • 3500 dpi Razer Precision 3.5G infra-red sensor
  • 1000Hz Ultrapolling/1ms response time
  • Mechanical dpi/polling rate switches kat bawah
  • On-The-Fly Sensivity Adjustment
  • Always On Mode
  • 60-120 inches per sec/15g acceleration
  • Weight : 72g/0.16 lbs

System Requirements :
  • PC with USB port
  • Windows 7/Windows Vista/Window XP/Mac Os X
  • At least 35MB hardisk space

Price : RM139 ( All Razer Abyssus type) , RM179 ( All Razer Deathadder type)

Package : Full set with box and free gift Razer Goliathus Mousepad worth RM50

Warranty : 3 months personal warranty

Dealing method : COD ( Kuantan only)/ Postage RM5

Item condition : New ( OEM set)

Location : Kuantan Pahang

Contact method : Komen je dekat entri ni atau email at alphafoxtrot2me@gmail.com

                    Sebarang pertanyaan digalakkan dan akan dijawab serta merta




Razer Abyssus Normal version


Details


Instruction


Kiri : Razer Abyssus Normal version
Kanan : Razer Abyssus Mirror Version


Di bawah adalah Transformer version



Kotak,full set



Mouse Razer detected by Windows 7


Macro support for any button. Kat sini korang boleh key-mapping korang punya cursor,first click,2nd click tu utk function macam mana ikot citarasa korang


F.A.Q



What is OEM set? Is it same as original set?
OEM means "Original Equipment Manufacturer", it is different from the original set

Can the serial number be registered in official Razer website?
No,the serial number will shown "registered" in official Razer website

Can this mouse use original Razer Abyssus driver download from official website?Why?
Yes,because the mouse is OEM using same material and same electronic chip to build the mouse. It still can use the Razer Abyssus driver downloaded from Razer official website

Is this Razer Abyssus 1800 Edition?
No this is the latest Razer Abyssus 3.5G edition that support 3500dpi and 1000Hz ultra polling. Dpi and ultra polling mode can change via mechanical dpi and polling rate switch which located in the bottom of the mice

Is it come with box?
Yes,it is come with box




Dead Trigger

Kali ni nak review pasal game untuk gajet Android dan iOS yang dikuasakan oleh NVIDIA TEGRA . Game yang direka oleh Madfinger games ini telah mencecah 5 juta download di seluruh dunia oleh user gajet iOS dan Android. Grafik sangat best serupa itu Shadowgun

Berkisarkan pada tahun 2012,nilai kemanusiaan telah runtuh,ekonomi musnah,nilai mata wang jatuh, manusia bangun menentang ahli ahli politik yang korup

Tiba-tiba berbillion manusia mati diserang sejenis virus,dan yang selebihnya bertukar menjadi "living corpse" dengan satu fikiran UNTUK MEMBUNUH!

Rasa kan thrill nya sendiri bila korang download and main game ni. Lebih kurang macam L4D laa. Boleh cuba tengok trailer DEAD TRIGGER bawah ni



Korang  boleh download game ni dekat Play Store atau App store,dekat Google Play Store free sahaja tak tau lah dekat App Store berbayar ke tak. Ini link download Dead Trigger melalui Play Store





Apa yang best pasal game ni :
  1. Grafik mengancam dengan ada kesan cahaya dan after effect
  2. Karakter di dalam 3D dan kesan persekitaran yang lebih jelas
  3. Audio 3D yang berkualiti
  4. Control yang stable dan smooth
  5. Simulasi air ( Tegra sahaja)




Korang boleh shop jenis-jenis senjata yang korang nak guna untuk pergi berperang dengan zombies tersebut,contoh glock,shotgun,M16,health kit dan Chainsaw pun ada !




Pergerakan zombies dalam game ni tak de la macam Left 4 Dead,boleh berlari terkam orang,pergerakan diorang slow-slow je so agak memudahkan bagi player nak shoot sebab kita main pakai tablet/phone kan bukan pakai PC


Dengan pelbagai pujian dan sokongan dilontarkan kepada Madfingers kerana berjaya mengeluarkan game yang berkualiti seperti ini untuk peranti Tegra ,diharap masa hadapan lebih banyak lagi game-game macam ni...Aku download Aku main ! Support !

4.2 rating****


Wednesday, 28 November 2012

Sygic 12.1.3 Full Apk Cracked !!!

Buat empunya gajet android korang dah ada GPS apps dalam gajet korang belom? Dah? Belom? Kalau dah,korang pakai apps apa? Kalau belom meh sini nak kasi review sikit pasal GPS-based apps yang takyah pakai internet pon nak guna,cukup la gajet korang built-in GPS.

SYGIC - navigator/maps yang aku tengah guna sekarang ni memang aku rasa terbaik among Co-pilot/Ndrive/Waze/Google Maps sebab....sebab apa? sebab free takyah internet dan cara pakai pun user-friendly,updated,voice-guide,2D/3D

Kadang kadang navigator punya apps ni penting jugak sebab kalau sesat kat tempat orang atau nak cari area-area yang tak pernah pergi jarang dengar,just search je dekat sini,pastu dia guide korang. So far aku pakai bagus la, puas hati . So better la prepare awal awal app ni dalam tablet/fon korang walaupun korang dah ada Garmin mana tau apa apa jadi ke...

kalau korang nak download Sygic 12.1.3 Full Apk cracked,korang boleh download dekat link bawah ni,hanya untuk android ya :



                                                     >> Sygic 12.1.3 Full Apk cracked <<<


Kelebihan utama Sygic berbanding navigator lain

-Turn by turn
-Latest Tom Tom maps (included traffic,weather)
-Free maps update
-3D view
-Voice guide
-Advance route planning option
-Real time traffic
-Speed camera and speed limit warning
-No internet needed,only GPS











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...